Sunday, March 11, 2018

Tahukah anda? Hutan bertindak seperti span & tapis semulajadi dalam membekalkan air bersih

Tahukah anda?

Hutan bertindak seperti span & tapis semulajadi dalam membekalkan air bersih.

Air hujan yang lebat boleh ditadah secara banyak, sebelum ia ditapis dan disimpan di dalam tanah (aquifer) daripada struktur hutan tebal & tingkatan pokok yang kompleks - akhirnya ia disalirkan keluar secara perlahan-lahan dan konsisten melalui sungai dan saliran kecil.

Saintis mengatakan, hutan boleh menyimpan air yang mencukupi selama 6 bulan berturut-turut walaupun tanpa hujan setitik pun.

Sebab itu jika anda melihat kawasan air terjun misalnya, airnya tidak pernah berhenti walaupun tiada hujan. Mungkin anda tertanya dari manakah ia?

Di samping itu, kebanyakan air sungai di bahagian hulu, bukit dan kawasan hutan tadahan amat bersih dan boleh diminum begitu sahaja. Kerana penciptaan hutan ini telah mampu menapisnya secara baik.

Dari sinilah jugalah air-air mineral botol yang anda minum itu didapatkan.

Saban hari, sungai-sungai yang menjadi nadi kehidupan rakyat kita semakin tercemar dan keruh akibat mendapan lumpur daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal, pembukaan ladang, perlombongan dan projek komersial yang lain.

Pencemaran kualiti sungai ini telah menyebabkan banyak kerugian ekonomi dan ekosistem. Bahkan sudah ada krisis defisit air (tak cukup air) di beberapa buah negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka (1) akibat daripada kegagalan pembekalan kuantiti & kualiti air yang mencukupi.

Bagaimana hal ini bisa berlaku? sedangkan Malaysia menerima taburan hujan yang cukup tinggi sepanjang tahun.

Air yg keruh daripada mendapan lumpur mempunyai banyak bahan kimia pencemar & bakteria yg mampu membunuh kita, menyebabkan krisis air, makanan, pertanian & juga ekosistem.

Harga barang makanan semakin meningkat. Aktiviti tradisional seperti menangkap ikan dan bercucuk tanam semakin lama semakin ditinggalkan.

Dan berbilion ringgit diperlukan lagi bagi menambah lagi teknologi & kemudahan bagi merawat air-air yang tercemar ini.

Berkemungkinan suatu hari nanti kita perlu membayar kos yang lebih mahal untuk air jika isu ini tidak diuruskan dengan baik.

Sudah tentu dengan melindungi hutan - banyak masalah yang dapat diselesaikan!

Jom lindungi hutan kita!

(1) Hezri A A (2017) An overview Study of Water, Energy & Food Nexus in Malaysia, Department of Irrigation & Drainage, Kuala Lumpur

Photo: From unknown Twitter user

0 comments

Post a Comment