Gua Tham Luang: 4 mangsa selamat dikeluarkan, misi SAR ditangguh
“Paras oksigen yang makin berkurangan juga menjadi cabaran utama,” katanya pada sidang media di tapak operasi berkenaan.
Susulan itu, Narongsak menambah, misi SAR terpaksa ditangguhkan kerana pasukan penyelamat memerlukan sekurang-kurangnya 10 jam untuk membuat persiapan bagi operasi seterusnya.
Sebelum ini, media melaporkan enam mangsa berjaya dikeluarkan tetapi Narongsak mengesahkan hanya empat yang selamat dibawa keluar setakat ini.
Terdahulu, dua mangsa pertama dilaporkan berjaya dikeluarkan sekitar jam 6 petang waktu tempatan (7 petang waktu Malaysia).
Salah seorang daripada mereka dikenal pasti sebagai Mongkol Boonpiem, 13 tahun manakala seorang lagi belum didedahkan namanya.
Kedua-dua mangsa menjalani pemeriksaan fizikal di hospital lapangan berdekatan gua tersebut, sebelum dipindahkan ke Hospital Chiang Rai menggunakan helikopter tentera Thailand.
“Kami menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas mereka sebelum mereka dipindahkan ke Hospital Chiang Rai,” kata Ketua Jabatan Kesihatan Chiang Rai, Tossathep Boonthong, memetik laporan Reuters.
Mangsa ketiga pula dilaporkan dikeluarkan dari gua tersebut pada jam 7.15 malam waktu tempatan.
Mangsa keempat dilaporkan berjaya dikeluarkan dalam 30 minit kemudian.
Buat masa ini, identiti mangsa ketiga dan keempat masih belum didedahkan.
Pihak berkuasa di wilayah utara Chiang Rai memulakan misi berbahaya untuk membawa keluar 12 pemain bola sepak remaja dan jurulatih mereka selepas mereka terperangkap di dalam gua tersebut sejak lebih dua minggi lalu.
Sementara itu, wartawan antarabangsa yang berpangkalan di Bangkok, Florian Witulski telah berkongsi beberapa maklumat mengenai operasi berkenaan.
Menurut Witulski, seorang doktor warga Australia memutuskan untuk membawa remaja yang mempunyai kondisi paling lemah untuk keluar terlebih dahulu.
SUMBER: AGENSI
0 comments
Post a Comment