Monday, September 24, 2018

Hampir hilang anak, dikacau penunggu di air terjun

Hampir hilang anak, dikacau penunggu di air terjun.

Sinar Harian

PERKONGSIAN seorang ibu semasa membawa ahli keluarganya berkelah ke kawasan air terjun di Kedah, menyebabkan dia hampir kehilangan anak bongsunya, apabila dikacau penunggu di tempat tersebut.

Ia dikongsikan oleh pemilik Facebook  Eida Hidayati Hassan atau Nur Hidayati Hassan, 31, atau mesra dengan panggilan Eida.

Kata Eida, dia memang jarang ke tempat seperti itu, tetapi apabila semua ahli keluarga yang lain ingin berkelah, dia ikut serta tanpa membantah.  Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga ke kawasan hutan, dia memakaikan celak kepada ketiga-tiga anaknya.

Ia bagi mengelak 'kenan' atau di sapa makhluk halus, pesanan orang tua-tua.Mereka mandi-manda di situ termasuk anak bongsunya yang di panggil Rawda Dinara, berusia setahun, 10 bulan  tetapi apabila anaknya mula menangis dibawa anaknya ke darat.

Manakala ahli keluarga yang lain terus mandi dan sekeluarga enjoy berkelah.  Sehingga semasa ingin menukar baju anaknya, ditegur oleh ibunya apabila melihat anaknya kebiruan, tetapi beranggapan dia mungkin kesejukan kerana anaknya itu tidak menangis.

Tetapi apabila di dalam kereta, badannya mula panas dan merengek, namun apabila diberikan susu, dia terus tidur.

Namun mungkin air sejuk tidak sesuai dengan dia sampai demam tetiba.

"Jadi balik semua dah penat, semua tidur. Petang sikit dia bangun, dia menanggis tak henti-henti sambil menutup mata. Dia juga tidak mahu duduk bilik tetapi ingin berdukung. Keadaan itu berlarutan sehingga lewat malam," tulisnya.

Ceritanya lagi, kakak iparnya pula jenis badan lemah dan mudah dimasuki benda halus.

Melalui kakak iparnya, rupa-rupanya ada penunggu dari air terjun itu marah sebab katanya, kami ada mengambil barang dia.  Tetapi setahunya dirinya, tiada apa yang diambil dari sana.

"Rupanya dia nak Rawda, dan mengaku anak dia. Sebab anaknya telah meninggal.  Dia ugut untuk kacau Rawda dan ingin ambil nyawa Rawda. Saya marah dia, kerana nyawa anak (saya), ALLAH sahaja boleh ambil," katanya.

'Pertelingkahan' berpanjangan itu akhirnya selesai pukul 4 pagi, setelah pelbagai ikhtiar dilakukan ahli keluarga yang lain.

Dan ketika posting ini dibuat, anaknya masih demam.

Katanya , dia sudah lama tidak pergi tempat itu sejak anak sulung lagi dan perkongsian ini sebagai peringatan untuk semua juga agar sentiasa berwaspada ke tempat-tempat sebegitu.

0 comments

Post a Comment