Saturday, April 15, 2017

Amukan sekawan gajah di Jeli yang ditularkan adalah palsu - JBPM





Gambar kemalangan yang kononnya berpunca dari amukan gajah yang berlaku di Jeli Kelantan adalah palsu. - Foto pembaca Astro AWANI

KOTA BHARU: Tiada berlaku sebarang kejadian amukan gajah di Lebuh Raya Timur Gerik-Jeli, sehingga menyebabkan kemalangan maut seperti yang ditularkan di media sosial.

Bilik Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jeli, Kelantan yang dihubungi Astro AWANI di sini hari ini juga mengesahkan tidak terima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Ini sekaligus menafikan laporan yang kononnya beberapa kereta diserang sekumpulan gajah liar naik minyak di kawasan berkenaan.

Polis turut mengesahkan gambar yang kini ditularkan, adalah palsu.

Pada masa yang sama pihak berkuasa turut mengecam tindakan yang menyebarkan gambar itu kerana ia boleh mendatangkan panik kepada orang ramai.

0 comments

Post a Comment