Thursday, April 13, 2017

TMJ Kecewa Isu Pengadil



BERKENAAN PENGADIL DAN SAYA AMAT KECEWA DENGAN INDIVIDU-INDIVIDU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG MELETAKKAN FAM DALAM KEDUDUKAN YANG SUSAH DAN AKAN HILANG LEBIH BANYAK DUIT LAGI WALAUPUN FAM TIADA DUIT

Berkenaan isu pengadil, dalam masa seminggu ini kami telah menerima beberapa laporan yang mengatakan pengadil telah menjalankan tugas mereka dengan teruk untuk beberapa perlawanan sebelum ini. Oleh itu, saya telah mengarahkan pihak FMLLP untuk melihat semula perjanjian yang kami ada dengan Japan FA dimana untuk perlawanan-perlawanan besar dan penting kita akan menggunakan khidmat pengadil luar negara. Ia bagi mengelakkan daripada mana-mana pihak untuk menuding jari. Jika ada yang mengatakan JDT menang kerana saya adalah Presiden FAM, saya telah memenangi 7 piala buat JDT dan menentang sistem sebelum menjadi Presiden FAM sebelum ini.

Berkenaan dengan exco FAM, saya amat kecewa dengan barisan-barisan exco sebelum ini yang tidak bertanggungjawab dalam FAM dimana pada masa ini FAM berhadapan dua kes iaitu satu kes dengan MP & Silva, di mana sekiranya kita kalah, FAM terpaksa membayar RM25 juta termasuk tambahan RM9 juta lagi jika kalah dengan satu lagi syarikat yang kita tandatangani untuk skuad pembangunan Harimau Muda ke Slovakia.

Bagaimana FAM boleh tandatangani perjanjian yang lebih memihak kepada pihak lain? Sepatutnya keutamaan, kelebihan dan 'financial securities' serta apa sahaja kepentingan adalah kepada FAM tetapi sekarang ini apa yang berlaku adalah perjanjian-perjanjian yang lemah yang telah ditandatangani oleh FAM dan meletakkan badan induk ini di dalam keadaan yang susah.

Buat masa ini nampaknya walaupun FAM akan terima kemasukan duit, tetapi tetap duit-duit tersebut akan keluar semula jikalau kalah dengan kes-kes berkenaan. Oleh itu saya telah berhubung dengan rakan saya dari Singapura dan menggunakan kenalan yang saya ada dalam kerajaan Johor dimana saya akan berjumpa sendiri dengan pemilik atau orang atasan MP & Silva. Insya-Allah saya akan cuba apa yang saya boleh untuk selesaikan perkara ini di luar mahkamah dan supaya kita boleh menjaga duit yang ada dalam FAM. Jika FAM tiada duit, tiadalah peruntukan untuk pasukan-pasukan yang bertanding di dalam liga Malaysia dan juga skuad kebangsaan. Oleh sebab itu saya katakan perkara ini adalah sangat serius.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)



REGARDING REFEREES AND MY DISAPPOINTMENT WITH THE IRRESPONSIBLE INDIVIDUALS WHO HAVE PUT THE FAM IN A DIFFICULT POSITION THAT MAY CAUSE THE FAM TO LOSE MORE MONEY DESPITE ALREADY BEING BROKE

Regarding the issue with referees, in the past week we have received a few reports complaining about referees performing badly in the past few matches. With this, I have instructed FMLLP to review the agreement we have with the Japan FA, so that we will be able to use overseas referees for big and important matches. This is to avoid any side from pointing fingers. If some people say JDT win because of me as the FAM President, bear in mind that JDT won 7 trophies and against the system before i'm becoming the FAM President.

I'm very disappointed with the previous Exco members who were irresponsible in discharging their duties in the FAM. FAM is currently involved in two legal cases, one of which is against MP & Silva and the other against a company with whom the FAM signed with for the Harimau Muda development squad to Slovakia. In the event the FAM loses these legal battles, the FAM would be required to pay RM25M and RM9M respectively.

How could the FAM sign contracts favouring the other parties? The priorities, advantages, financial securities as well as other important matters should have been in favour of the FAM. Instead, due to the poorly written agreements, it has left the FAM in a very weak and vulnerable position.

Due to this, even with the capital injections the FAM may receive, it will all be futile as the funds would have to be channeled back out in the event we lose these legal cases. With this, I have contacted some of my associates from Singapore and used contacts i have from Johor government to assist in facilitating a meeting between MP & Silva and I. Insya-Allah I will try my best to settle the matter outside the courts and retain the money in the FAM.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, President of the Football Association of Malaysia (FAM)

0 comments

Post a Comment